Pengalaman bekerja di 7-Eleven

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua

Hari ini aku nak share dengan korang semua tentang pengalaman kerja part time aku di 7-Eleven. 

 

7-Eleven Bukit Bayas, 2597, Jalan Pasir Panjang, Kampung Bukit Bayas, 21100  Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Aku berkerja di 7 eleven selepas habis spm. Aku kerja tak lama pun dalam 1 bulan lebih tapi banyak pengalaman dah yang aku dapat dalam tempoh tu. Aku berhenti sebab kes covid tinggi dalam 8k sehari. Aku apply kerja di 7e secara interview. Mula-mula aku datang, aku tanya pekerja kat sana.. ade jawatan kosong tak? pastu pekerja tu bagi aku borang untuk isi maklumat peribadi kemudian aku dipanggil untuk interview. Dalam 1 minggu jugak, aku dapat panggilan masuk dari store manager aku yang mengatakan aku dapat bekerja di 7e. Alhamdulilah.

Aku dapat jawatan sebagai Store Crew. Jawatan ni adalah yang paling bawah sekali dalam organisasi pekerja 7e. Aku tak kisah pun dapat jawatan yang rendah lagipun kelayakan aku hanyalah SPM pada masa itu. Kerja Store Crew ni tak susah pun. Kerja aku hanya lah sapu sampah, mop lantai, selalu greeting customer, jaga post/kaunter , terima barang dari vendor dan macam-macam lagi lah. Basic gaji di 7e sebagai Store Crew ialah RM 1200 kalau tak silap aku lah. Kalau selalu ot lagi banyak duit masuk.Dalam sehari kerja 9jam atau 8jam dan gaji akan dibayar mengikut rm 5 per jam.Kalau kerja 9 jam dia akan bagi rehat 1 jam manakala kalau kerja 8 jam dia akan bagi rehat 45 minit.Yang paling best akan dapat gaji advance sebanyak RM 487.15 yang akan masuk setiap 15 hari bulan dan selebihnya gaji akan masuk pada 7 hari bulan.. Gaji RM 487.15 dah tolak dengan perkeso atau kwsp tau. Kerja 7e ada 3 shift: shift pagi (7-3 ptg), shift petang (3-11 malam ), shift malam, (11-7 pagi) itu kalau kerja 8 jam.Kalau kerja 9 jam shift pagi ( 7-3ptg) , shift petang (3-12tgh malam) , shift malam (1145-845pg) .

First day aku kerja dari pukul 3-11 malam di sini, aku letih jugak la sebab dari pukul 3 petang sampai 7malam jaga post/kaunter.Maklum la masetu tengah puasa.Aku pelik jugak takde rehat ke?Rehat berapa jam?.Pastu pekerja 7e tu bagi aku rehat kejap untuk berbuka puasa.Btw masa jaga kaunter tu takut la kalau short aku kene bayar ganti rugi. Aku takut sangat masa tu. Dahlah customers 7e ramai dekat tempat kerja aku. Jarang tau 7e ada ramai customers. Tempat kerja aku je lain sikit sebab ada ramai cusomers. Macam-macam ragam cus aku jumpa .. Yang paling aku stress kalau diorang nak bayar astro, topup touch n go sebab nilai duit yang diorang bayar sangat besar. Alhamdulilah bila aku semakin lama aku kerja di 7-Eleven aku dah pandai pegang duit customers tanpa rasa takut lagi.

Part kerja pagi pula.. Bagi aku shift pagi yang paling memenatkan aku sebab kerja pada waktu pagi akan terima banyak barang dari pelbagai vendor dan juga ramai customers. Aku jumpa vendor roti, vendor rokok, vendor barang 7e dan banyak lagi lah. Tapi sebenarnya bagus juga kalau kita banyak jumpa vendor sebab dari situ aku dapat belajar macam mana nak berurusan dengan vendor bila melibatkan pengiraan stock barang, barang yang expired dan lain-lain lagi. Tentang customers pula pada waktu shift pagi.. tempat kerja aku ada mesin atm ambank, so tiap-tiap pagi memang ramai cus beratur panjang pergi keluarkan duit pastu customers akan beli barang dekat 7e sebab nk pecahkan duit besar yang diorang keluarkan tadi dekat atm. 
 
Aku paling suka kerja malam dari pukul 11-7 malam. Best kerja malam sebab tak ramai customers tapi yang bahayanya kalau 7e kena rompak. Jangan risau kadang-kadang tiap malam polis akan datang dan check 7e. Alhamdulilah sepanjang aku kerja di 7e selama 1 bulan, tempat aku kerja tak pernah lagi dirompak. Aku suka kerja malam sebab aku boleh lepak dengan kawan sekerja aku sambil makan maggi dan duduk di depan kedai. Hahahaha rindunya pengalaman tu.  Oh ya lupa nak bagitau korang . Kalau kerja malam, 7e akan wajib bagi 2 orang perkerja untuk jaga kedai. Maklumlah takkan nak bagi pekerja sorang jaga kedai waktu malam. Time shift malam, setiap pekerja 7e wajib topup barang yang dah kurang. Bab ngantuk time kerja malam memang mengantuk.. kadang2 tu badan boleh jadi lesu dan penat sangat sebab tak cukup tidur. Tempat kerja aku dekat dengan kedai makan yang buka pada waktu malam so takde lah risau sangat. Kalau ada pape yang berlaku senang kteorng nak mintak tolong dekat pekerja kedai makan tu. 

Ok ni last coretan aku. Sepanjang aku kerja di 7e selama 1 bulan.. aku dapat ramai kawan, belajar mengira stock barang dan yang paling penting aku dapat belajar kemahiran berkomunikasi dengan semua orang terutama customers. Jawatan aku sebagai Store Crew memang selalu kena bercakap banyak dengan customers dan juga vendor. Aku ni jenis yang pemalu dan tak berapa banyak cakap sangat tapi selepas aku dapat bekerja di 7e, aku dah jadi banyak cakap dan kurang pemalu dah.. Hihihihi. Rindu rakan-rakan sekerja aku di 7e. Bagus jugak kerja 7e ni sebab bantu membina diri aku jadi lebih baik.Aku berhenti kerja pun sebab kes covid tengah naik.. store manager suruh aku buat surat letak jawatan.. kalau nak tengok aku letak kat bawah yee.. btw jika ada ape2 soalan boleh email aku ya. Arsyadarifin13@icloud.com




 

 

Comments